Jumaat, 7 November 2008

Peringatan Kepada Pejuang Islam

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:

1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)


2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)

"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)

"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)


"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)

3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)

4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)

Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.

Jumaat, 31 Oktober 2008

ENAM PERTANYAAN IMAM GHAZALI

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Selasa, 28 Oktober 2008

Kami Tidak Berzina

Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina.Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan Rasulullah :Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni...betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.Tentu ada cinta secara Islam.Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan?Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.Jadi manusia itu tidak tahan diuji?Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercintaSemua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan. Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta* juga?Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.Kami telah berjanji sehidup sematiApa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)Bagaimana kami?Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa Amin , yarabbal alamin.Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh ,tidak kemana! Ya Allah bantulah mereka .Kini mereka datang kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka..

Isnin, 27 Oktober 2008

UNTUKMU ....REMAJA

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~ Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati. Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya. Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak. Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia, menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je. Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekalsampai ke gerbang perkahwinan. Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya. Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita. Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu. Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?" Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri."Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?""Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."“Bercinta ke?”Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"Dengan suara yang lembut abang tu jawab:"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."Saya tak mahu mengalah."Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" "Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.." " Zina hati?” Saya menduga. "Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati." Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung. "Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta." "Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat." Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab, "Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."Saya terdiam lagi. "Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri." Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. "Jadi apa saya nak buat bang?" "Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu." "Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?" "Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group
discussion partner'."Tiba-tiba saya terfikir, "Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?" "Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab, "Ata kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan." Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga. "Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup." "Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan." "Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri. "Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin..SENDING..MESSAGE SENT Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.. "Terima kasih bang.." "Takpe, dah tanggungjawab.." Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat,"Seindah gubahan pertama.." Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.Lagi satu,Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakanitulah cinta abadi..Cinta yang diredahai..-Yang Terakhir- "

Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.TAKKAN BUAT SELAMA-LAMANYA...

Ahad, 26 Oktober 2008

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama.

10 WASIAT IMAM SYAFIE

10 WASIAT IMAM SYAFIE


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.


"PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatankata ustaz ismail kamus:kalau kamu menyayangi seseorg...tinggallah sedikt kbencian kpdnya kerna kmgkinan kelak org yg kamu syg tu menyebbkan kamu mderita krnnya.dan sekiranya kamu mbenci seseorg itu..mk tggallah sdikt kasih syg utknya kerana mana tahu org yg kamu benci tulah yg mberi kbhagiaan kpdmu kelak

Sabtu, 25 Oktober 2008

AMAL YANG DICINTAI ALLAH

Amal Yang Dicintai Allah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud Radhiyallahu 'Anhu, ia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah saw, "Amal apa yang paling dicintai Allah Azza Wajalla?, beliau menjawab, "Shalat tepat pada waktunya". Aku bertanya, kemudian apa lagi?, beliau menjawab, "Berbuat baik terhadap kedua orangtua". Aku bertanya, kemudian apa lagi?, beliau menjawab: "Jihad fi sabilillah". Ia berkata, Demikian Rasulullah saw mengabarkannya kepadaku, seandainya aku meminta tambahan, niscaya beliau menambahkannya". (HR. Bukhari dan Muslim).
Hadits di atas menjelaskan kedudukan dan tingkatan amal di sisi Allah Ta'ala. Amal yang dimaksud oleh hadis itu adalah amal badani (kasat mata), sebab amal yang afdhal (paling utama) dan paling dicintai Allah adalah beriman kepada-Nya, hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, bahwasanya seseorang telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, Amal apakah yang paling afdhal?, beliau menjawab,"Iman kepada Allah dan Rasul Nya". Ditanyakan, kemudian apa lagi?, beliau menjawab, "Jihad di jalan Allah". Ditanyakan, lalu apa lagi?, beliau menjawab, "Haji mabrur".
Dengan demikian, kedua hadis yang menerangkan amal paling afdhal tersebut tidak bertentangan, sebab masing-masing berdiri menurut konteksnya. Perlu diketahui pula, ada beberapa hadis yang menerangkan keutamaan amal akan tetapi tidak sama urutannya dengan hadis di atas. Untuk mendudukkan hal tersebut, Ibnu Hajar berkomentar, "Dalam menjelaskan perbedaan jawaban Rasulullah ketika ditanya tentang amal yang paling utama, para ulama menerangkan, bahwasanya perbedaan jawaban tersebut berdasarkan perbedaan kondisi para sahabat yang bertanya. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam mengajarkan kepada setiap kaum sesuai dengan apa yang mereka perlukan dan sukai. Jihad misalnya, pada permulaan Islam adalah amal yang paling utama, sebab jihad merupakan wasilah untuk melakukan berbagai amal tersebut. Disamping itu, banyak nash-nash yang menjelaskan bahwa shalat lebih afdhal daripada zakat, tetapi dalam kondisi sangat dibutuhkan dan genting, zakat bisa menjadi lebih utama".
Di antara dalil yang menguatkan bahwa terdapat derajat dan tingkatan amal di sisi Allah adalah sabda Rasulullah, "Iman itu ada 73 cabang, yang paling tinggi adalah kalimah La Ilaha Illallah dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dari jalan, dan malu adalah termasuk cabang dari iman".
Hadis yang sedang kita bahas ini juga menguatkan adanya sifat cinta bagi Allah. Dalam hal ini aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah lah yang menetapkan sifat-sifat bagi Allah secara haqiqi (bukan majazi), seperti apa yang ditetapkan oleh Allah terhadap diri-Nya sendiri. Di dalam Al-Qur'an terdapat 43 kali sifat cinta yang dinisbatkan kepada Allah Ta'ala, di antaranya adalah, "... dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik". (Al Baqarah: 195). "... sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal". (Ali- Imran:159). "... maka sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa". (Ali Imran: 76). "... sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat adil". (Al Maidah: 42) dan lain sebagainya.
Sebagai bentuk keadilan Allah, maka Dia tidak mencintai orang-orang kafir (30: 45) para pemboros (7: 31), orang-orang yang melampaui batas (7: 55), para perusak (28: 77), orang-orang yang dzalim (42: 40) dan lain-lain. Disamping itu, banyak hadis yang menegaskan bahwa Allah memiliki sifat cinta. Di antaranya hadis dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam berkata kepada Abdullah bin Qais, "Engkau mempunyai dua sifat yang di cintai Allah yaitu penyayang dan sabar". (HR. Muslim)
Meskipun kita mengetahui bahwa Allah memiliki sifat cinta, tetapi tidak dibenarkan mempertanyakan bagaimana wujudnya, sebab jawabannya di luar batas pengetahuan manusia, demikian pula halnya dengan sifat-sifat Allah yang lain.
Keutamaan suatu amal atas amal yang lain sebagaimana penjelasan hadis di muka, memang disebabkan bahwa amal tersebut lebih utama menurut asalnya.Tetapi keutamaan amal itu atas lainnya terkadang bergeser disebabkan sesuatu hal, seperti oleh perubahan waktu dan keadaan. Banyak contoh yang bisa menjelaskan hal ini. Bertasbih dan menyucikan Allah misalnya, ia lebih utama daripada istighfar (memohon ampunan kepada Allah), tetapi pada saat jiwa bergetar hebat karena perasaan dosa, maka istighfar lebih utama. Bahkan terkadang suatu amal yang utama menjadi makruh karena perbedaan situasi dan kondisi, seperti bau mulut. Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam membenci mulut yang berbau ketika berada di tengah masa, tetapi pada saat lain beliau bersabda, "Sungguh... bau mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada aroma minyak kasturi". (Al Hadis)
Demikian pula dengan rendah hati kepada sesama muslim, ia merupakan hal yang utama sebab Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri. Tetapi sombong dan membanggakan diri ketika menghadapi musuh dan untuk menghinggapkan rasa takut di hatinya, adalah termasuk hal yang utama.
Dalam masalah yang penting ini, Ibnul Qayyim menjelaskan, "Membaca Al Qur'an lebih utama daripada dzikir, sedangkan dzikir lebih utama daripada do'a," jika masing-masing dipandang secara berdiri sendiri. Tetapi amal yang lebih rendah keutamaannya terkadang bisa menggeser kedudukan amal yang lebih afdhal darinya, hal itu seperti bertasbih dalam ruku' dan sujud.
Bertasbih ketika ruku' dan sujud lebih utama daripada membaca Al Qur'an pada keduanya, bahkan membaca Al Qur'an ketika ruku' dan sujud justru dilarang. Demikian pula bertasbih setelah selesai shalat lebih utama daripada membaca Al Qur'an pada waktu yang sama, menjawab azan dan menirukan ucapan muazin adalah lebih utama daripada membaca Al Qur'an meskipun kita mengetahui, bahwa Al Qur'an lebih utama atas semua perkataan manusia sebagaimana keutamaan Allah atas segenap makhluk-Nya, tetapi masing-masing ungkapan dan ucapan terdapat maqam dan tempatnya sendiri-sendiri.
Jika pada suatu maqam dan keadaan terdapat ungkapan dan perkataan khusus tetapi justru ia mengeluarkan ungkapan dan perkataaan yang lain maka hikmah dan maslahah yang dicari menjadi hilang dan tidak berpihak kepadanya.
Hal lain seperti orang yang melalaikan membaca Al Qur'an dan zikir, karena ketika melakukan keduanya ia tidak bisa khusyu', kemudian ia berdo'a dan hatinya bisa penuh tunduk dan khusyu' hanya kepada Allah, maka ketika itu do'a lebih bermafaat bagi dirinya meski secara asal, membaca Al Qur'an dan zikir lebih utama dan lebih besar pahalanya daripada ber-do'a. Dan tentu berbeda antara keutamaan sesuatu yang sejak awal memang melekat pada dirinya dengan keutamaan sesuatu karena sebab-sebab luar, masing-masing mesti diberi sesuai dengan haknya.
Segala sesuatu harus ditempatkan pas pada tempatnya. Termasuk dalam bab ini adalah bahwa surat Al Ikhlas sama dengan sepertiga Al Qur'an. Meskipun demikian, surat tersebut tidak menyamai ayat-ayat mawaris, thalaq, khulu' dan lainnya pada saat ayat-ayat tersebut diperlukan. Ayat-ayat tersebut tentu lebih bermanfaat daripada membaca surat Al Ikhlas.
Hal-hal seperti inilah yang seyogya-nya diketahui oleh setiap muslim dalam masalah keutamaan amal, sehingga ia tidak melalaikan amal yang kurang utama karena mengejar amal yang utama. Jika demikian maka iblislah yang beruntung merenggut keutamaan itu".
Pentingnya shalat tepat pada waktunya.Yang dimaksud shalat disini adalah shalat fardhu (wajib). Shalat amat agung fadhilah dan pahalanya, ia merupakan rukun Islam yang kedua setelah syahadat. Shalat adalah tiang agama, agama tidak akan bisa tegak berdiri kecuali dengan menegakkan dan mendirikan shalat. Allah berfirman, "... dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar". (Al Ankabut: 45)
Jika suatu umat menegakkan shalat maka mereka akan ditunjuki pada jalan kebaikan dan akan hilang kekejian dan kemunkaran dari mereka. Perintah mendirikan shalat dan menjaganya banyak kita dapatkan dalam Al Qur'an, seperti dalam 2: 238, 5: 12, 11: 114, 17: 78, 20: 14, 31: 17 dan banyak lagi yang lainnya.
Bagi laki-laki hendaknya memelihara dan melakukan shalat dengan berjamaah di masjid. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda, "Barangsiapa mendengar azan tetapi tidak mendatangi (memenuhi panggilan itu) maka tiada shalat baginya, kecuali karena ada uzur". (Al Hadis)
Perintah mendirikan shalat dengan berjamaah atas kaum laki-laki, juga berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu yang menceritakan seorang buta yang memohon keringanan dari Nabi untuk tidak berjamaah karena tiada seorangpun yang menuntunnya ke masjid, namun ketika ia mengaku mendengar azan lantas Nabi mencabut keringanan itu kembali.
Shalat adalah termasuk pelebur dosa yang paling agung. Dari Abu Hurairah, ia mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Tahukah kalian, jika di depan pintu salah seorang kalian terdapat sungai lalu ia mandi di dalamnya lima kali setiap hari, apakah masih tersisa kotoran daripada-nya?" Mereka menjawab, "Tidak akan tersisa sedikitpun kotoran dari padanya". "Sesungguhnya para munafik itu menipu Allah, dan Allah membalas tipuan mereka. Apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali". (An Nisa: 142)
Besok pada hari kiamat, shalat adalah amal yang pertamakali dihisab. Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasul Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, "Sesungguhnya amal seseorang yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah shalatnya. Apabila shalatnya baik, maka ia benar-benar beruntung dan berhasil, tetapi jika shalatnya rusak maka ia benar-benar merugi. Jika dari shalat fardhunya ada sesuatu yang kurang maka Allah berfirman, "Lihatlah, apakah hamba-Ku memiliki shalat sunnah, sehingga dengannya shalat fardhunya disempurnakan?. Kemudian seluruh amalnya (baru) dihisab". (HR. Turmudzi)